Cara
menanam pokok mulberry menggunakan KERATAN BATANG
1. Pilih keratan yang
segar dan sehat.
2. Celupkan keratan
dengan penggalak akar (B1). Biarkan seketika.
Nak tahu apa B1 ? Klik link di bawah
PEMILIHAN
TANAH
Tak
payah susah-susah.. beli je tanah kat Nursery tu..Tanah 6 dalam 1. Masukkan
tanah ke dalam polibeg hingga penuh dan padatkan. Cara nak mudah
padatkan..siram sahaja tanah tu..cepat lah dia padat…
ü Pada tanah dalam polibag, buat lubang
menggunakan jari atauapa sahaja.. Lebih kurang 4 hingga 5 inci dalam.
ü Tanam keratan batang pokok mulberri
pada lubang yang dibuat . Ingat ya jangan tanam terbalik songsang jadinya
nanti..ia akan membantutkan pertumbuhan.
ü Seterusnya
siram dengan air yang mencukupi. Keratan pokok mulberri yang sudah ditanam
harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4
minggu atau sehingga 10 helai daun, bila daun dah banyak pastinya akar pon
banyak.
ü Jadi Boleh lah letak pada sinaran
matahari penuh. Elakkan dari pokok bergoyang untuk elakkan akar muda yang mula
keluar dari pangkal batangnya rosak.
ü Bila pokok dah masuk 2 bulan, boleh la
baja dengan baja ringan (Baja KOPI) ..Ini baja yang saya gunakan…serasilah
agaknya..Sebab semua pokok saya guna baja ini.
ü Nampak pokok dah cantek dan sehat..
Boleh dah alih pada tanah @ pasu besar.
NOTA :
Kena rajin Siram pokok mulberri anda
dengan air yang cukup. Walaupon pokoknya dah besar..siram juga pokok tu.
Tidak
Rugi tanam pokok mulberry ini sebabnya
mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap kesihatan. Buah mulberri
mengandungi asid sitrik, gula dan vitamim C manakala daun mulberri mengandungi
adenin, amilas, asid suksinik, karoten dan kolin. Biji mulberri pula
mengandungi ureas dan kulitnya mengandungi beta-amirin, minyak meruap,
resinotanol, dan sitosterol.