Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi
orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan
dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur
daun bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan
tradisi sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.
Daunnya
juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru
suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa Asma’ binti
Syakal Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):
“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim)

Daun bidara secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit
bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk
halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama
terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam
mengatasi orang yang terkena sihir.
Antara dalilnya ialah
sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali
Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan
hadith berkenaan sihir :
“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai
daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu
menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul
kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah
al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan
air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang
dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan
daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”
Madu sidir Yemen berasal daripada manisan bunga pokok bidara yang
banyak ditanam di Yemen. Madunya paling pekat tapi tidak menghasilkan
mendakan hablur gula. Inilah madu paling mahal di dunia dan bermutu
tinggi. Madu ini boleh merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis,
kanser, batuk, tonsil, keracunan makanan, jangkitan serta menguatkan
badan serta imun.
Seluruh bahagian pokok bidara boleh digunakan
dalam perubatan. Akar, batang, kulit pokok, buah daun dan bunganya
mempunyai khasiat dan nilai perubatan yg tinggi. Ia telah digunakan
secara tradisional beribu tahun oleh pelbagai masyarakat (Afrika, India,
Arab, China, Melayu, dan banyak negara di Asia) dan telah dibukti
secara saintifik. Kajian banyak dilakukan oleh China, India dan negara
Barat. Di Jepun dan Eropah ia digunakan dalam produk kecantikan dan ubat
merawat kanser kulit.
ehsan :gambar blog cikgu Kosnan
3 comments:
Nk order anak benih bidara 0132009768
Kalau nak order benih buah bidara boleh hantar ke-Singapura?
Sy ada menjual pokok bidara apple hybrid ws sy 0107079200 (azrin)
Post a Comment