Sunday, 6 September 2015

CARA TANAM POKOK MULBERRY


Ada yang bertanya Cara menanam pokok mulberri ..

OKlah kesahnya begini…nak tanam Pokok Giant Mulberry ini ada 2 cara :

1. Melalui TUT.

2. Keratan Batang.

Dan jika tanam melalui Keratan batang sebaiknya ditanam dalam polibeg terlebih dahulu. Mudah nak pantau pertumbuhannya.





















     3. Anak Benih Polibeg.

Kalau dapat TUT @ Polibeg, terus aja tanam dalam Pasu @ Terus ke atas tanah.

Kalau dalam pasu, saya syorkan tanam dalam pasu yang besar dan sebaikknya bawah pasu tu dibesarkan sikit saiz lubangnya supaya akar boleh terus ke tanah..


PEMILIHAN TANAH

Tak payah susah-susah.. beli je tanah kat Nursery tu..Tanah 6 dalam 1. Masukkan tanah ke dalam polibag hingga penuh dan padatkan. Cara nak mudah padatkan..siram sahaja tanah tu..cepat lah dia padat…

Pada tanah dalam polibag, buat lubang menggunakan jari atauapa sahaja.. Lebih kurang 4 hingga 5 inci dalam. Tanam keratan batang pokok mulberri pada lubang yang dibuat . Ingat ya jangan tanam terbalik songsang jadinya nanti..ia akan membantutkan pertumbuhan. Seterusnya siram dengan air yang mencukupi. Keratan pokok mulberri yang sudah ditanam harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga 10 helai daun, bila daun dah banyak pastinya akar pon banyak. Jadi Boleh lah letak pada sinaran matahari penuh. Elakkan dari pokok bergoyang untuk elakkan akar muda yang mula keluar dari pangkal batangnya rosak.

Bila pokok dah masuk 2 bulan, boleh la baja dengan baja ringan (Baja KOPI) ..Ini baja yang saya gunakan…serasilah agaknya..Sebab semua pokok saya guna baja ini.

Nampak pokok dah cantek dan sehat.. Boleh dah alih pada tanah @ pasu besar.

Kena rajin Siram pokok mulberri anda dengan air yang cukup. Walaupon pokoknya dah besar..siram juga pokok tu.

Tidak Rugi tanam pokok mulberry ini sebabnya  mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap kesihatan. Buah mulberri mengandungi asid sitrik, gula dan vitamim C manakala daun mulberri mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karoten dan kolin. Biji mulberri pula mengandungi ureas dan kulitnya mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol, dan sitosterol.

KEBAIKAN / KEGUNAAN DAUN MULBERRY :

1. Di luar Negara, daunnya diberi makan kepada ulat sutera dan rusa. 

2. Daun mulberri sangat baik untuk pencuci mata yang bengkak dengan merebusnya dan sapu pada mata yang bengkak di awal pagi dan petang. 

3. Daun mulberri yang dikeringkan berkesan melegahkan selesema, batuk, demam panas dan membersihkan dalaman badan. 

--------------Caranya rebus daun kering dan minum airnya. 

4. Daun mulberri juga berkesan melegahkan gigitan serangga dengan menumbuk 6 helai daun hingga lumat dan tampal pada kesan gigitan. 

5. Daunnya / Pucuk ada yang buat masak lomak dan buat celup tepong (ini saya belum cuba)

Khasiat Buah Mulberry : 

Buah mulberi pula berkesan untuk menyembuhkan penyakit kronik pencernaan, meransang rembesan cecair gastrik, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut. Orang demam sesuai sangat makan.

Khasiat Akar Mulbery: 

Akar pokok mulberi pula berkesan untuk penyakit asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang dengan -------cara merebusnya.

Khasiat Rebusan Kulit Pokok Mulbery. 

Air rebusan kulit pokok mulberri pula dikatakan boleh merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis,menyingkirkan kahak dan mengawal tekanan darah tinggi.

Kegunaan Pucuk Muda. 

Pucuk muda daun pokok mulberri juga boleh dijadikan sebagai ulam atau sayur tumis. Rasa seperti kangkung atau tutan tetapi tidaklah pahit. Apapun sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika menggunakannya sebagai ubat bagi mengelak daripada sebarang masalah yang tidak dingini.

Keistimewaan Pokok Mulberry  

1. pokok mulberri sesuai ditanam di tepi pagar rumah anda. Tanam sebaris dengan pagar di sekeliling rumah dengan jarak rapat. Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal.

2. Boleh dijadikan pokok teduhan yang sangat Manfaat.

Cara Kawalan Pokok 

Sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberri tersebut.

Kelebihan Cantasan : 

1. Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberry dapat dikawal.

2. Kekerapan Cantarasan mampu menghasilkan buah.

Jom mencuba menanam pokok mulberri di halaman rumah. 

pokok mulberri sesuai ditanam di tepi pagar rumah anda. Tanam sebaris dengan pagar di sekeliling rumah dengan jarak rapat. Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal. Pokok mulberi juga boleh ditanam di dalam pasu jenis besar. Sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberri tersebut. Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberri dapat dikawal dan paling penting ia akan menghasilkan buah yang banyak.

Friday, 28 August 2015

REJKI HARI JUMAAT : GIANT MULBERRY VS CHERRY BARBADOS

Tengah musim Giant Mulberry berbuah.. Tiap hari kena pergi kutip...kalau tak kutip habuan si burung yang sejak 2-3 hari bukan main galak dia berkicauan belakang rumah.... Kalau kehitam macam nie,kalau tidak segera kutip dia akan gugur dengan sendiri.... sayangggg laaa kalau guggur ke tanah...


Gedabak beSarr.....

Dah tahu, kompem2 u all jelessss kan...hihi

Berbaloi kalau macam nie..



Alhamdulillah......Keyangg!

JUALAN ANAK POKOK & CUTTING GIANT MULBERRY
http://minikebun.blogspot.com/2015/08/jualan-anak-pokok.html

Wednesday, 26 August 2015

ASAL USUL ANAK POKOK GIANT MULBERRY

-  Saya beli anak benih dalam polibeg yang dibeli Nursery ketika berCuti di Negeri Sembilan.. Masa Beli tuan nursery bagitahu "ini bukan jenis yang biasa tu amoii'...minta kurang pon dia tak nak bagi... RM25.00..
- Bila pokok besar, rasa sangat berbaloi dengn nilai RM25 itu..... bila sudah berbuah ini la hasilnya http://minikebun.blogspot.com/2015/08/giant-mulberry.html

- Bila pokok ini sudah mula buahkan hasil..terus jatuh cinta...hihi
- Bila sudah jatuh cinta,mulbery yg biasa tu abis saya buang.Dengan kata lain dilupuskan :)
- Bermula dari itsaya mula biakkan baka jenis ini...

- Cara biakkan pokok ini melalui keratan batang dan kalau rajin saya buatkkan tut..
- Alhamdulillah sekarang nie ramai pula kawan2 FB saya berminat dengan GIANT MULBERY ini..
- Permintaan tinggi tetapi anak pokok amat terhad..

PAUTAN JUALAN ANAK POKOK GIANT MULBERRY
http://minikebun.blogspot.com/2015/08/jualan-anak-pokok.html

Tuesday, 25 August 2015

CHERRY BARBADOS

Tahu tak buah apa nie? Macam APPLE je kan..... Cute kan...


Cerry Barbados / Acerola
Saya memang suka tanam pokok-pokok yang pada pandangan mata saya cantik dan unik..Tambah lagi saya suka pokok-pokok yang renek dan mampu keluaran hasil (boleh makan)... Bersesuai dengan keadaan rumah taman yang saya duduki...

Tanam pokok di laman rumah memang seronok tambah yang mula keluarkan hasil.. Anak-anak pon boleh jadi rutin dia untuk intai buah yang sudah masak...bab kutip buah tiada masalah..tukang kutip buah ramai.....walaupon sedikit namum dia seronok..kita tengok pon jadi seronok..hobi kita mampu buatkan ahli keluarga turut gembira. Hobi waktu terluang..










Perlu diketahui sekali lagi bahwa Cherry Barbados (Malphigia emarginata) alias Acerola adalah tanaman yang dianggap ajaib dan mengejutkan….Bukan setakat bentuknya yang cantik macam appel mini namun dikatakan mampu buat orang sentiasa nampak aweks muda…macam saya….ahakssss….hahahah..(perasan)..

Macam apple mini je...

Laaaaa ..tak percaya pulak dia…tahu tak kenapa saya cakap macam itu…pastinya sebab :

1. Cerry ini punyai bahan antioksidan yang tinggi, terutama yang disediakan sebagai juice tadi malahan lebih tinggi dibandingkan juice strawberry, juice anggur, bahkan juice appel

2. Ini kerana factor kemasaman dia kaya akan vitamin A dan C. Bayangkan aja….kandungan vitamin C dalam Barbados Cherry mencapai 16.000 – 17.000 ppm.

Tak percaya cuba makan..Mahu terpejam mata…

Jadi sapa2 yang selsema tu boleh lah makan buah nie sebab mampu mempercepat penyembuhan , dan yang lebih terkenal meningkatkan kesehatan otak atau mencegah Parkinson’s disease. unia.


Digalakkan Buah ini sesuai dimakan oleh orang-orang tua, wanita-wanita yang hamil, mereka yang berdiet, mereka yang memakan ubatan, perokok, peminum dan mereka yang terdedah pada kawasan-kawasan yang tercemar kerana kebolehannya dalam mengubati sel-sel badan.



Oleh itu, sangatlah sesuai di tanam di laman rumah.. Dalam pasu pon sesuai..Kalau kreatif dan rajin boleh dibuat bongsai

Sumber : Google


Friday, 21 August 2015

BAJA

Ramai rakan-rakan FB bertanya baja apa yang saya gunakan untuk pokok-pokok saya...

JAWAPAN : Saya lebih suka guna baja berasaskan organik..

SISA DAPUR

- Air Basuhan BERAS yang bermalam.
- Air perapan kulit BAWANG
- Air Basuhan IKAN

BAJA ORGANIK

- Baja Tinja KAMBING
- Baja Tinja Ayam
- BAJA ATTIA

BAJA KOPI



Agaknya berbau KOPI namanya diberi BAJA KOPI. dIINGATKAN BAHAWA baja kopi BUKAN BAJA ORGANIK..Namun begitu, Baja KOPI ini pilihan Pekebun Bandar kerana mudah, bau pun tidak memeritkan hidung dan pastinya memberi kesan kepada pokok...


Baja Gopi 888 diperkaya MgO dan unsur surih. Baja lengkap sesuai untuk tanam sendiri sayur, buah dan herba secara organik di rumah.
Baja Kopi 888 ini bebas daripada najis haiwan dan diperkayakan lengkap untuk pembesaran tanaman.
Bau baja ini seakan bau serbuk kopi. Tetapi tidak menggunakan langsung serbuk kopi sebagai bahan pembuatan.

Kebaikan Baja Kopi 888 ini:
  • Kaya dengan asid humik yang meningkatkan kesuburan tanah
  • Meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Menggalak pertumbuhan dan memperbaiki akar yang rosak
  • Meningkatkan kesuburan tanah
  • Tidak mencemar alam sekitar
  • Sesuai untuk awal pertumbuhan tanaman dan semasa pokok berbunga dan berbuah
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman seperti sayur, buah dan bunga (seperti ros jepun, rose, dan bunga kertas)

Penggunaan:
  • Tabur satu sudu makan (3-5g) berdekatan pangkal pokok
  • Bubuh dua minggu sekali
Baja Gopi ini diimport daripada Korea.



Senang untuk pembajaan... isi dalam botol

asyik beli 1 kg tak cukup-cukup......Nahhhhhhh satu guni saya angkut

Bau KOPI menyusuk hidung.... jangan cuba2 nak buat ayaQ kopi

 NOTA :
  
Baja organik ialah baja yang terdapat secara semula jadi dan tidak melalui proses kimia dalam penghasilan produk berkenaan.  Bahan mentah dari sumber asli biasanya mengalami proses fizikal sahaja seperti menghancurkannya agar mudah diambil oleh tanaman.Antara bahan organik yang banyak terdapat dipasaran ialah tinja kambing, tinja ayam

Baja jenis organik biasanya mengandungi sumber nutrien yang rendah, mesra alam, baik kepada tanaman (tidak berbahaya) . Saya suka menggunakannya sebab menghasilkan kesan yang baik bagi tanah dalam jangka masa panjang. Maksudnya , bila menggunakan baja organik tanah (dalam pasu) tidaklah akan mengeras...Tidaklah perlu kerap tukar tanah dalam pasu ..


PENJUALAN BAJA KOPI

Harga :
 
2 kg = RM 18.00 

2 kg = RM 15.00 ( JUALAN HABIS STOK)

(Kos POS LAJU + GST) : RM 13.80

JUMLAH : RM 28.80

  Belian BAJA KOPI : https://www.facebook.com/minikebun





Thursday, 20 August 2015

ASPARAGUS

Kalau dari dulu tidak percaya akan mitos katanya Asparagus hanya akan hidup tempat cuasa sijuk sahaja (Percaya sangat kononnya Luar Negara je pokok ni boleh hidup) nahhhhh ni sekarang tanam je belakang rumah dan boleh sekali menggoreng......kalau dari dulu tanam Agaknya dah lama boleh makan hasil tanam sendiri..

Dikategori sayur mewah kerana harga nya yang mahal.. mencecah RM40 sekilo... Kalau tak percaya pergilah ke pasar2 tanya harga asparagus nie..

Saya sudah tanam pokok ini hampir setahun lalu... Beli anak pokok melalui rakan FB sahaja..

Rupakan dek kerana tidak berilmu.... bercinta nak tunggu makan hasil... iNi la rupa pokok bila bercinta tunggu nk makan hasil... Ingat ya .. kene belaja juga kalau nk bertani secara kecil2 pon..baru boleh pungut hasil dgn cepat dan memuaskan hati..


Silap teknik... memang syok tengok pokok merimbun mcm nie...tp sayang spear dia sebesar lidi sahaja..

ini lah hasilnya yang memukau apabila tahu cara penjagaanya.. ini panggil spear ( ikut bahasa melayu kita, saya panggil pucuk/ tunas je)

 - Cara untuk hasilkan SPEAR ASPARAGUS yang mantop :

1. Hanya tinggalkan 3-4 pokok sahaja untuk satu rumpun..


 2. Bila hanya punyai 3-4 batang sahaja maka terhasillah SPear yang besar batang pensel..


 3. Memandangkan pokok ini punyai jangka hayat yg lama,,,kata google boleh cecah 20 tahun..Oleh tu cari tapak / bekas yang sesuai utk menamannya..Pilihan saya hanya tong cat terpakai.. Sebab ianya murah dan tahan lama..lagikan keadaan tong ini yg memanjang,sesuai sgt utk akar asparagus yg sangat banyak.. Medium tanaman biarlah peroi / gembur..Cara nak buatnya hanya campurankan tanah hitam yang dibeli dinursery yang ditambah dengan sabut kelapa.... senang sahaja..


4. Pembajaan... cara saya ikut suka..tp saya lebihkan pada baja organik sama ada dengan aur basuhan beras / ikan.. hasilnya memuaskan..kalau malas sangat macam saya ..beli je baja tinja kambing (organik juga tu..hihi)




Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asparagus adalah tumbuhan saka berbatang kecil yang berasal dari daerah timur Mediterranean, tetapi juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia. Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin.
Di kawasan Asia Tenggara, asparagus ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu di kawasan tanah tinggi dan ada juga di kawasan tanah rendah. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan Kundasang