Kalau dari dulu tidak percaya akan mitos katanya Asparagus hanya akan hidup tempat cuasa sijuk sahaja (Percaya sangat kononnya Luar Negara je pokok ni boleh hidup) nahhhhh ni sekarang tanam je belakang rumah dan boleh sekali menggoreng......kalau dari dulu tanam Agaknya dah lama boleh makan hasil tanam sendiri..
Dikategori sayur mewah kerana harga nya yang mahal.. mencecah RM40 sekilo... Kalau tak percaya pergilah ke pasar2 tanya harga asparagus nie..
Saya sudah tanam pokok ini hampir setahun lalu... Beli anak pokok melalui rakan FB sahaja..
Rupakan dek kerana tidak berilmu.... bercinta nak tunggu makan hasil... iNi la rupa pokok bila bercinta tunggu nk makan hasil... Ingat ya .. kene belaja juga kalau nk bertani secara kecil2 pon..baru boleh pungut hasil dgn cepat dan memuaskan hati..
Silap teknik... memang syok tengok pokok merimbun mcm nie...tp sayang spear dia sebesar lidi sahaja.. |
ini lah hasilnya yang memukau apabila tahu cara penjagaanya.. ini panggil spear ( ikut bahasa melayu kita, saya panggil pucuk/ tunas je) |
- Cara untuk hasilkan SPEAR ASPARAGUS yang mantop :
1. Hanya tinggalkan 3-4 pokok sahaja untuk satu rumpun..
2. Bila hanya punyai 3-4 batang sahaja maka terhasillah SPear yang besar batang pensel..
3. Memandangkan pokok ini punyai jangka hayat yg lama,,,kata google boleh cecah 20 tahun..Oleh tu cari tapak / bekas yang sesuai utk menamannya..Pilihan saya hanya tong cat terpakai.. Sebab ianya murah dan tahan lama..lagikan keadaan tong ini yg memanjang,sesuai sgt utk akar asparagus yg sangat banyak.. Medium tanaman biarlah peroi / gembur..Cara nak buatnya hanya campurankan tanah hitam yang dibeli dinursery yang ditambah dengan sabut kelapa.... senang sahaja..
4. Pembajaan... cara saya ikut suka..tp saya lebihkan pada baja organik sama ada dengan aur basuhan beras / ikan.. hasilnya memuaskan..kalau malas sangat macam saya ..beli je baja tinja kambing (organik juga tu..hihi)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia
bebas.
Asparagus adalah tumbuhan saka berbatang kecil yang berasal dari
daerah timur Mediterranean, tetapi
juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia.
Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya
boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari
pangkal pokok. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin.
Di kawasan Asia Tenggara, asparagus ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu di kawasan tanah tinggi dan ada
juga di kawasan tanah rendah. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah
tinggi seperti di Cameroon
Highland dan Kundasang
10 comments:
Salam, di mana boleh saya beli akar asparagus? Nak tanam sikit buat hobi.
anak pokok sedang di biakkan... nanti up date apabila anak pokok ready untuk dijual
Apa nama fb tuan?Nanti kalau dah boleh dijual saya nak..
Salam, saya pn berminat nk beli drp tuan.. Boleh minta contact no..?
Saya berminat nk beli anak pokok asparagus. Bole tau fb tuan atau ctct no?
Saya berminat nk beli anak pokok asparagus. Bole tau fb tuan atau ctct no?
Boleh pm sy tak..nk benih jugak..0123996707 fcd
Salam encik..pm saya kalo ada benih asparagus. Nak beli jgk. Tq 0175540116
salam. .mohon jika ada benih asparagus saya nak membelinya. nak cuba tanam sendiri
0194959581..tq
pokok asparagus yg saya tanam diserang penyakit karat pada batang dan daunnya. Saya ingin tahu bagaimana cara mengatasi penyakit ini.
Post a Comment