Friday, 28 August 2015

REJKI HARI JUMAAT : GIANT MULBERRY VS CHERRY BARBADOS

Tengah musim Giant Mulberry berbuah.. Tiap hari kena pergi kutip...kalau tak kutip habuan si burung yang sejak 2-3 hari bukan main galak dia berkicauan belakang rumah.... Kalau kehitam macam nie,kalau tidak segera kutip dia akan gugur dengan sendiri.... sayangggg laaa kalau guggur ke tanah...


Gedabak beSarr.....

Dah tahu, kompem2 u all jelessss kan...hihi

Berbaloi kalau macam nie..



Alhamdulillah......Keyangg!

JUALAN ANAK POKOK & CUTTING GIANT MULBERRY
http://minikebun.blogspot.com/2015/08/jualan-anak-pokok.html

Wednesday, 26 August 2015

ASAL USUL ANAK POKOK GIANT MULBERRY

-  Saya beli anak benih dalam polibeg yang dibeli Nursery ketika berCuti di Negeri Sembilan.. Masa Beli tuan nursery bagitahu "ini bukan jenis yang biasa tu amoii'...minta kurang pon dia tak nak bagi... RM25.00..
- Bila pokok besar, rasa sangat berbaloi dengn nilai RM25 itu..... bila sudah berbuah ini la hasilnya http://minikebun.blogspot.com/2015/08/giant-mulberry.html

- Bila pokok ini sudah mula buahkan hasil..terus jatuh cinta...hihi
- Bila sudah jatuh cinta,mulbery yg biasa tu abis saya buang.Dengan kata lain dilupuskan :)
- Bermula dari itsaya mula biakkan baka jenis ini...

- Cara biakkan pokok ini melalui keratan batang dan kalau rajin saya buatkkan tut..
- Alhamdulillah sekarang nie ramai pula kawan2 FB saya berminat dengan GIANT MULBERY ini..
- Permintaan tinggi tetapi anak pokok amat terhad..

PAUTAN JUALAN ANAK POKOK GIANT MULBERRY
http://minikebun.blogspot.com/2015/08/jualan-anak-pokok.html

Tuesday, 25 August 2015

CHERRY BARBADOS

Tahu tak buah apa nie? Macam APPLE je kan..... Cute kan...


Cerry Barbados / Acerola
Saya memang suka tanam pokok-pokok yang pada pandangan mata saya cantik dan unik..Tambah lagi saya suka pokok-pokok yang renek dan mampu keluaran hasil (boleh makan)... Bersesuai dengan keadaan rumah taman yang saya duduki...

Tanam pokok di laman rumah memang seronok tambah yang mula keluarkan hasil.. Anak-anak pon boleh jadi rutin dia untuk intai buah yang sudah masak...bab kutip buah tiada masalah..tukang kutip buah ramai.....walaupon sedikit namum dia seronok..kita tengok pon jadi seronok..hobi kita mampu buatkan ahli keluarga turut gembira. Hobi waktu terluang..










Perlu diketahui sekali lagi bahwa Cherry Barbados (Malphigia emarginata) alias Acerola adalah tanaman yang dianggap ajaib dan mengejutkan….Bukan setakat bentuknya yang cantik macam appel mini namun dikatakan mampu buat orang sentiasa nampak aweks muda…macam saya….ahakssss….hahahah..(perasan)..

Macam apple mini je...

Laaaaa ..tak percaya pulak dia…tahu tak kenapa saya cakap macam itu…pastinya sebab :

1. Cerry ini punyai bahan antioksidan yang tinggi, terutama yang disediakan sebagai juice tadi malahan lebih tinggi dibandingkan juice strawberry, juice anggur, bahkan juice appel

2. Ini kerana factor kemasaman dia kaya akan vitamin A dan C. Bayangkan aja….kandungan vitamin C dalam Barbados Cherry mencapai 16.000 – 17.000 ppm.

Tak percaya cuba makan..Mahu terpejam mata…

Jadi sapa2 yang selsema tu boleh lah makan buah nie sebab mampu mempercepat penyembuhan , dan yang lebih terkenal meningkatkan kesehatan otak atau mencegah Parkinson’s disease. unia.


Digalakkan Buah ini sesuai dimakan oleh orang-orang tua, wanita-wanita yang hamil, mereka yang berdiet, mereka yang memakan ubatan, perokok, peminum dan mereka yang terdedah pada kawasan-kawasan yang tercemar kerana kebolehannya dalam mengubati sel-sel badan.



Oleh itu, sangatlah sesuai di tanam di laman rumah.. Dalam pasu pon sesuai..Kalau kreatif dan rajin boleh dibuat bongsai

Sumber : Google


Friday, 21 August 2015

BAJA

Ramai rakan-rakan FB bertanya baja apa yang saya gunakan untuk pokok-pokok saya...

JAWAPAN : Saya lebih suka guna baja berasaskan organik..

SISA DAPUR

- Air Basuhan BERAS yang bermalam.
- Air perapan kulit BAWANG
- Air Basuhan IKAN

BAJA ORGANIK

- Baja Tinja KAMBING
- Baja Tinja Ayam
- BAJA ATTIA

BAJA KOPI



Agaknya berbau KOPI namanya diberi BAJA KOPI. dIINGATKAN BAHAWA baja kopi BUKAN BAJA ORGANIK..Namun begitu, Baja KOPI ini pilihan Pekebun Bandar kerana mudah, bau pun tidak memeritkan hidung dan pastinya memberi kesan kepada pokok...


Baja Gopi 888 diperkaya MgO dan unsur surih. Baja lengkap sesuai untuk tanam sendiri sayur, buah dan herba secara organik di rumah.
Baja Kopi 888 ini bebas daripada najis haiwan dan diperkayakan lengkap untuk pembesaran tanaman.
Bau baja ini seakan bau serbuk kopi. Tetapi tidak menggunakan langsung serbuk kopi sebagai bahan pembuatan.

Kebaikan Baja Kopi 888 ini:
  • Kaya dengan asid humik yang meningkatkan kesuburan tanah
  • Meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Menggalak pertumbuhan dan memperbaiki akar yang rosak
  • Meningkatkan kesuburan tanah
  • Tidak mencemar alam sekitar
  • Sesuai untuk awal pertumbuhan tanaman dan semasa pokok berbunga dan berbuah
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman seperti sayur, buah dan bunga (seperti ros jepun, rose, dan bunga kertas)

Penggunaan:
  • Tabur satu sudu makan (3-5g) berdekatan pangkal pokok
  • Bubuh dua minggu sekali
Baja Gopi ini diimport daripada Korea.



Senang untuk pembajaan... isi dalam botol

asyik beli 1 kg tak cukup-cukup......Nahhhhhhh satu guni saya angkut

Bau KOPI menyusuk hidung.... jangan cuba2 nak buat ayaQ kopi

 NOTA :
  
Baja organik ialah baja yang terdapat secara semula jadi dan tidak melalui proses kimia dalam penghasilan produk berkenaan.  Bahan mentah dari sumber asli biasanya mengalami proses fizikal sahaja seperti menghancurkannya agar mudah diambil oleh tanaman.Antara bahan organik yang banyak terdapat dipasaran ialah tinja kambing, tinja ayam

Baja jenis organik biasanya mengandungi sumber nutrien yang rendah, mesra alam, baik kepada tanaman (tidak berbahaya) . Saya suka menggunakannya sebab menghasilkan kesan yang baik bagi tanah dalam jangka masa panjang. Maksudnya , bila menggunakan baja organik tanah (dalam pasu) tidaklah akan mengeras...Tidaklah perlu kerap tukar tanah dalam pasu ..


PENJUALAN BAJA KOPI

Harga :
 
2 kg = RM 18.00 

2 kg = RM 15.00 ( JUALAN HABIS STOK)

(Kos POS LAJU + GST) : RM 13.80

JUMLAH : RM 28.80

  Belian BAJA KOPI : https://www.facebook.com/minikebun





Thursday, 20 August 2015

ASPARAGUS

Kalau dari dulu tidak percaya akan mitos katanya Asparagus hanya akan hidup tempat cuasa sijuk sahaja (Percaya sangat kononnya Luar Negara je pokok ni boleh hidup) nahhhhh ni sekarang tanam je belakang rumah dan boleh sekali menggoreng......kalau dari dulu tanam Agaknya dah lama boleh makan hasil tanam sendiri..

Dikategori sayur mewah kerana harga nya yang mahal.. mencecah RM40 sekilo... Kalau tak percaya pergilah ke pasar2 tanya harga asparagus nie..

Saya sudah tanam pokok ini hampir setahun lalu... Beli anak pokok melalui rakan FB sahaja..

Rupakan dek kerana tidak berilmu.... bercinta nak tunggu makan hasil... iNi la rupa pokok bila bercinta tunggu nk makan hasil... Ingat ya .. kene belaja juga kalau nk bertani secara kecil2 pon..baru boleh pungut hasil dgn cepat dan memuaskan hati..


Silap teknik... memang syok tengok pokok merimbun mcm nie...tp sayang spear dia sebesar lidi sahaja..

ini lah hasilnya yang memukau apabila tahu cara penjagaanya.. ini panggil spear ( ikut bahasa melayu kita, saya panggil pucuk/ tunas je)

 - Cara untuk hasilkan SPEAR ASPARAGUS yang mantop :

1. Hanya tinggalkan 3-4 pokok sahaja untuk satu rumpun..


 2. Bila hanya punyai 3-4 batang sahaja maka terhasillah SPear yang besar batang pensel..


 3. Memandangkan pokok ini punyai jangka hayat yg lama,,,kata google boleh cecah 20 tahun..Oleh tu cari tapak / bekas yang sesuai utk menamannya..Pilihan saya hanya tong cat terpakai.. Sebab ianya murah dan tahan lama..lagikan keadaan tong ini yg memanjang,sesuai sgt utk akar asparagus yg sangat banyak.. Medium tanaman biarlah peroi / gembur..Cara nak buatnya hanya campurankan tanah hitam yang dibeli dinursery yang ditambah dengan sabut kelapa.... senang sahaja..


4. Pembajaan... cara saya ikut suka..tp saya lebihkan pada baja organik sama ada dengan aur basuhan beras / ikan.. hasilnya memuaskan..kalau malas sangat macam saya ..beli je baja tinja kambing (organik juga tu..hihi)




Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asparagus adalah tumbuhan saka berbatang kecil yang berasal dari daerah timur Mediterranean, tetapi juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia. Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin.
Di kawasan Asia Tenggara, asparagus ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu di kawasan tanah tinggi dan ada juga di kawasan tanah rendah. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan Kundasang

GIANT MULBERRY PART 03

ASAL USUL ANAK POKOK GIANT MULBERRY

Saya beli anak benih dalam polibeg yang dibeli Nursery ketika berCuti di Negeri Sembilan.. Masa Beli tuan nursery bagitahu 

"ini bukan jenis yang biasa tu amoii'."ini pokok sudah besar u kene bikin para "~ kenapalah dia suruh para bagai.... hmnn

minta kurang pon dia tak nak bagi..harga agak mahal dari biasa...
 
Bila pokok besar, rasa sangat berbaloi dengn nilai "mahal" pokok ini..... bila sudah berbuah ini la hasilnya http://minikebun.blogspot.com/2015/08/giant-mulberry.html


- Bila pokok ini sudah mula buahkan hasil..terus jatuh cinta...hihi
- Bila sudah jatuh cinta,mulbery yg biasa tu abis saya buang.Dengan kata lain dilupuskan :)
- Bermula dari itu, saya mula biakkan baka jenis ini...

- Cara biakkan pokok ini melalui keratan batang dan kalau rajin saya buatkkan tut..
- Alhamdulillah sekarang nie ramai pula kawan2 FB saya berminat dengan GIANT MULBERY ini..
- Permintaan tinggi tetapi anak pokok amat terhad..

PAUTAN JUALAN ANAK POKOK GIANT MULBERRY
http://minikebun.blogspot.com/2015/08/jualan-anak-pokok.html

GIANT MULBERRY PART 02

Lagi2.. GIANT MULBERY...

Tengah musim dia....sebab itu banyak post tentang si dia.....saja nak perhangat keadaan..


Dah Macam anggur laaa..







kalau 10 tangkai macam nie...yahOOO sYokknya!!




Sekali kutip..... kenyang!!


Pautan Tentang GIANT MULBERRY
http://minikebun.blogspot.com/2015/08/giant-mulberry.html

Pautan JuaLan GIANT MULBERRY
http://minikebun.blogspot.com/2015/08/jualan-anak-pokok.html

Wednesday, 19 August 2015

JUALAN ANAK POKOK

GIANT MULBERRY




Jualan Cutting ( SOLD OUT - 01.10.2016))

1 CUTTING / RANTING = RM 10.00

Kos POS LAJU : RM10.00 (Semenanjung Malaysia) & RM15.00 (Sabah & Sarawak)

Keratan Telah direndam dengan penggalak akar (SOLD OUT).




Jualan Anak Pokok ( BAKI 10 POKOK)

1 ANAK POKOK = RM35.00

 Kos POS LAJU : RM20.00 (Semenanjung Malaysia) & RM25.00 POS untuk Sabah Sarawak


Jualan & Belian terkini akan di up date di 

www.facebook.com/minikebun

wHATAPPS : 012-9627007

BUAH AJAIB (miracle fruit / Miracle berry/Synsepalum Dulcificum)


TAHU tak kenapa di panggil BUAH AJAIB? Ajaibnya ialah apabila makan buah ini beberapa saat kemudian .........jeng2 .... kunyah apa-apa makanan masam / pahit yang kita makan terasa manis . .. ? Minum air KOPI tanpa gula pon akan raSe MANIS.... Ajaibkan.....

 Sebab apa bila kita makan buah ini akan terasa MANIS?
 Ini kerana pada Buah Ajaib ini (miracle fruit / Miracle berry/Synsepalum Dulcificum) ini terdapat sebatian protein yang disebut sebagai Miracullin. Miraculin adalah sebatian Glikoprotein yang mengandungi 191 asid amino dan rantai karbohidrat. Bila sebatian-sebatian protein ini digabungkan dengan asid maka akan dapat menstimulasi rasa manis pada lidah kita. Setelah memakan buah ini lalu makan jeruk yang masam, sensasi yang diterima lidah bukannya masam tapi manis. Walaupun miraculin mengubah persepsi rasa, tetapi tidak mengubah susunan kimia dari makanan, persepsi rasa manis hanya berlaku antara 30 minit hingga 2 jam bergantung kepada berapa banyak kita makan buahnya ..... 

Kalau makan banyak ini, raSe2 berapa lama akan berasa maNis...hihi


 Buah ini bukan tumbuhan asli negara kita akan tetapi dari Afrika barat. Ia ditemui oleh seorang yang berbangsa perancis bernama Reynaud Des Marchais. Keajaiban buah ini telahpun mendapat perhatian ramai saintis dunia dan kini telah banyak saintis menghasilkan Journal-journal ilmiah kerana keajaibannya mengubah rasa seperti contohnya Dr. WF Daniell yang telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Miraculous Berry" pada Pharmaceutical Journal, Vol. X

Buah yang cantik dijadikan hiasan pokok hiasan..

Pokoknya yang renek.. sesuai di tanam dalam pasu.

Apakah Kegunaan Serta Faedah & Kelebihan Buah Ajaib Ini ? Berikut adalah antara manfaatnya ..
  • Ia dapat membantu mengawal diet pengambilan gula. kerana jelasnya ketika merasa manis setelah mengambil buah ajaib kita tidak merasakan gula yang sebenarnya melainkan kerana tipu daya protein sahaja. Maka ini amat berguna bagi para orang yang diet gula tapi tetap ingin merasakan manis dalam makanan & minuman.
  • Mempertingkatkan rasa makanan & minuman. Karena sifatnya yang dapat mengubah 'rasa' maka buah ini dapat membantu orang yang tidak gemar memakan sayur-sayuran. Kerana sayur apapun akan berasa manis. Ya ini pasti amat sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur-sayuran. Hasilnya, khasiat sayur-sayuran diperolehi disamping rasa enak yang dirasai. Hebat bukan.
  • Pesakit Kanser. Pesakit Kanser yang sedang menjalani kemoterapi biasanya akan merasakan rasa yang tidak enak di lidahnya. .. Ya, buah ini dapat membantu 'memperbaiki' deria rasa mereka sehingga mereka tetap berselera mengambil makanan dengan rasa manis yang enak & menakjubkan. 
  •  
  •  
  •  
  • sumber : http://baca-blogspot.blogspot.com
  •