POKOK BIDARA a.k.a APPLE BIDARA
---------------------
Buah Bidara
Buah jenis bulat ini lebih dikenali sebagai apple vietnam
variety: JUMBO
Buah Bidara
Buah jenis bulat ini lebih dikenali sebagai apple vietnam
variety: JUMBO
Macam Apple kan.. |
Rupanya macam buah Apple kan ...sebab tu di panggil sebagai Bidara Apple. Ada yang panggil Buah Bidara atau appel vietnam. Mahu tanam pokok apple belum tentu akan berbuah, jadi tanam jepokok bidara apple nie..InyaAllah akan senantiasa berbuah dan buahnya tidak ada musim..
Yang tidak pernah makan..Rasanya sangatlah sedap...manis dan rapuh.. setiap kunyahan kruppp...krupp bunyi... haaa tak cayalah tu...aci la try makan...kompem terpejam mato menikmati rasenya...
Yang tidak pernah makan..Rasanya sangatlah sedap...manis dan rapuh.. setiap kunyahan kruppp...krupp bunyi... haaa tak cayalah tu...aci la try makan...kompem terpejam mato menikmati rasenya...
Bertamabh-tambah rasa manis apabila hasil tanam sendiri..Bagi saya rasa buah bidara nie lebih sedap
dari buah apple hijau tu.. Buah bidara ini langsung tiada rasa masam..
makan macam tu sahaja dah cukup nikmat.. kalau nak Extra syok, potong cili +
asam boiii... Fuhh semangkuk x sadau licin....tambah pula lepas letak
dalam peti ais .. jangan dok ngidan pulak yaaa..
Pokok bidara ini sangat sesuai di tanam dalam pasu..kalau duduk rumah perumahan bukan lagi alasan....letak je sudut luar rumah tu... pokoknya x cerewet dan rajin berbuah... Mahukan buah yang lumayan, kenalah rajin baja.. jangan merungut pokok tak mahu berbuah padahal baja pon pon segan nak beri..
Tanam Guna HYGROWPOT |
Nak tau tentang HyGrowPot.. just klik je >> TANAM BIDARA DALAM PASU HYGROWPOT
Nak pesa,
bila dah mula berbuah, perlu rajin lebih sikit utk makan buah...IOleh kerana buahnya yang maniss, serangga seperti lalat buah suka sangat injet
pada buahnya... kalau sudah terkene injet nnt tak merasa nak makan buah..isi dalam rosak dek krn
ulat .... mana yang tak kenal lalat buah..ini gambar dia.. bagi glemor sikit
si lalat buah..
lalat buah adalah antara musuh utama kerana ia merosakkan buah dengan menyuntik telur ke dalam buah.
lalat buah adalah antara musuh utama kerana ia merosakkan buah dengan menyuntik telur ke dalam buah.
2. Guna ubat gegat..
CARA HALAU LALAT BUAH (FRUIT FLIES) Oleh Dr Taweesak Panpoca, Thailand.
1. Letak ubat gegat/napthalene balls/moth balls sebanyak 5-15 biji ke dlm botol yg telah di lubangkan, tutup dan kemudian diikat dgn tali seperti ditunjuk di gambar. Buat seberapa banyak.
ATAU
2. Letak ubat gegat/napthalene balls/moth balls sebanyak 5-15 biji ke dalam kain sebesar sapu tangan, lalu dibalut dan diikat dgn tali. Buat seberapa banyak.
Gantung sebanyak mungkin di pokok buah-buahan ditempat2 yg bersesuaian. Digalakkan untuk mengguna fragrance lemon.
3. Dapatkan ubat pemikat lalat buah nie.. Banyak dijual di kedai pertanian..
Minyak tersebut tidak membunuh lalat buah yang terperangkap. Perlu diletakkan air di dalam perangkap untuk melemaskan lalat buah yang
terperangkap.
Perangkap lalat buah guna botol air mineral dan Ubat pemikat lalat buah..
Buah pisang yang digunakan adalah buah pisang yang sudah terlalu masak (tapi tidak busuk). Aroma buah pisang masak mampu menarik perhatian lalat buah.
Cara membuat perangkap lalat buah dengan pisang masak :
ALAT DAN BAHAN
1. Botol bekas air mineral
2. Dawai
3. Perca kain
4. Ubat Pemikat lalat (sikit saja)
5. Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Buat lubang di botol pada bahagian atas sebanyak 3 atau 4 lubang berdiameter lubang -/+ 5 mm
3. Tutup botol di buat lubang juga untuk masukkan dawai.
5. Pada ujung dawai yang berada diluar atad pada penutup botol dibengkokkan sebagai pengait.
6. Masukkan kapas / kain yg sudah diisi dgn ubat pemikat lalat masak dengan kain secukupnya, size hendaklah disesuaikan dengan mulut botol.
7. Ikat dihujung dawai utk dimasukkan di dalam botol.
8. Isi botol dengan air secukupnya. Air jangan sampai menyentuh buah pisang tadi.
9. Tutup botol dan gantung d tempat sesuai
TEKNIK BAGI BERBUAH LEBAT (Buah Bidara)
TEKNIK BAGI BERBUAH LEBAT (Buah Bidara)
Saya rasa ramai antara kita ada pokok bidara di laman rumah, pokok berbunga tapi jarang yg nak lekat buah. Rupa2nya dalam natural environment tempat asalnya di Thailand, pokok bidara ini membuang/meluruhkan semua daunnya sebelum lekat buah. Jadi setelah buang semua daunnya, ringan tangan taburkan dengan baja.. sebaiknya BAJA ATTIA seperti yang saya guna BAJA ATTIA ORGANIK
Jadi untuk bagi pokok bidara berbuah, kita kena buang semua daun di pokok bidara tersebut utk bagi sama sprt tempat asalnya. Dalam beberapa minggu buah akan lekat inshaAllah.
Rasa buah bidara macam buah epal hijau dan kaya dgn antioxidant.
Berminat untuk dapatkan Anak POKOK BIDARA
mai klik sini >>>>> ANAK POKOK BIDARA
6 comments:
Assalam... puan waktu bila sesuai nak buang daunnye... pokok bidara saya juga berbunga dan berputik lebat tetapi tak lekat.
Assalam puan.. pada pokok bidara epal saya ada tumbuh bidara yg berduri. Perlukah saya cantas pokok yg berduri tu?
Bagaimana cara nak tanam pokok bidara dalam pasu? Tanam apa yg sesuai di gunakan?
Salam puan. Mengapa daun nya selalu kering. Apa yg harus saya lakukan
Assalam puan, daun pokok bidara mcm kering, bunga2 yg ada pun x segar, putik buah pun nmpak kecut jer,.....sblm ni elok pokoknya, buah pun cantik mcm epal...
Pkok ni nak cuaca panas atau tmpat berlindung teduh
Post a Comment