Monday 10 November 2014

BUAH BIDARA / APPLE VIETNAM


     
Siapa pernah makan buah ini?..Rugi Tidak tanam buah ini..Ini saya tanam dalam pasu..Maklumlah, duduk di kawasan perumahan tanam..
Ini adalah antara pokok paling saya sayang......... selain punyai khasiat yang tinggi..buahnya memang terbaekkkk.. Pokok ini al-hamdulillah kerap berbuah..tida ikut musim..

Yang belum pernah rase :
Buah ini lebih sedap dari Apple Hijau
Rase Manis yang susah nak gambarkan...
Paling Tidak Tahan...setiap gigitan berbunyi...krupppp2

sebiji memang tidak puas makan....masa petik terus ngap...terasa nikmatnya!




jeless...kannn
Jom Tanam....dalam pasu jee

KHASIAT POKOK BIDARA



Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.

Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa Asma’ binti Syakal Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):
“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim)

Daun bidara secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.
Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :
“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”
Madu sidir Yemen berasal daripada manisan bunga pokok bidara yang banyak ditanam di Yemen. Madunya paling pekat tapi tidak menghasilkan mendakan hablur gula. Inilah madu paling mahal di dunia dan bermutu tinggi. Madu ini boleh merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis, kanser, batuk, tonsil, keracunan makanan, jangkitan serta menguatkan badan serta imun.

Seluruh bahagian pokok bidara boleh digunakan dalam perubatan. Akar, batang, kulit pokok, buah daun dan bunganya mempunyai khasiat dan nilai perubatan yg tinggi. Ia telah digunakan secara tradisional beribu tahun oleh pelbagai masyarakat (Afrika, India, Arab, China, Melayu, dan banyak negara di Asia) dan telah dibukti secara saintifik. Kajian banyak dilakukan oleh China, India dan negara Barat. Di Jepun dan Eropah ia digunakan dalam produk kecantikan dan ubat merawat kanser kulit.

ehsan :gambar blog cikgu Kosnan

BUAH MULBERRI

Pokok yang amat mudah untuk di tanam.. Tanamnya hanya melalui batang ..Tanam dalam pasu pon boleh. Namun lagi baik jika tanam terus kepada tanah.. Pertumbuhan lebih cepat



untuk mendapatkan kekerapan pokok yang sentiasa berbuah...rajin-rajinla baja ya...




Friday 7 November 2014

TERKEBIL-KEBIL BUAT BLOG

 

Otak jem sebab sudah lama tidak cuba buat blog...nampak gaya kene google semula.....bila sudah lama tidak buat blog..gine lah gaya nya........ana fininlah