Friday 28 October 2016

B1 (PENGGALAK AKAR)

Digunakan sebagai penggalak akar
~ Agen ransangan pertumbuhan akar terutamanya untuk keratan dan tut

~ Mampu meransang pembungaan tumbuhan berbunga yang tidak normal


>>Vitamin terbaik utk adenium<<

Vitamin B1-Semburan

~ Cepatkan pertumbuhan akar baru.
~ Cepatkan caudex atau ubi adenium menjadi besar.
~ Akar menjadi sihat .
~ Pokok berbunga cepat dan cantik.
~ Boleh dijadikan sebagai penggalak akar.

CARA TANAM POKOK MULBERRI



Cara menanam pokok mulberry menggunakan KERATAN BATANG

1. Pilih keratan yang segar dan sehat.

2. Celupkan keratan dengan penggalak akar (B1). Biarkan seketika.
          Nak tahu apa B1 ? Klik link di bawah
  http://minikebun.blogspot.my/2016/10/b1-penggalak-akar.html

3. Sediakan medium tanah tanaman dalam polibeg..

PEMILIHAN TANAH

Tak payah susah-susah.. beli je tanah kat Nursery tu..Tanah 6 dalam 1. Masukkan tanah ke dalam polibeg hingga penuh dan padatkan. Cara nak mudah padatkan..siram sahaja tanah tu..cepat lah dia padat…

ü  Pada tanah dalam polibag, buat lubang menggunakan jari atauapa sahaja.. Lebih kurang 4 hingga 5 inci dalam. 
ü  Tanam keratan batang pokok mulberri pada lubang yang dibuat . Ingat ya jangan tanam terbalik songsang jadinya nanti..ia akan membantutkan pertumbuhan. 
ü   Seterusnya siram dengan air yang mencukupi. Keratan pokok mulberri yang sudah ditanam harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga 10 helai daun, bila daun dah banyak pastinya akar pon banyak.
ü   Jadi Boleh lah letak pada sinaran matahari penuh. Elakkan dari pokok bergoyang untuk elakkan akar muda yang mula keluar dari pangkal batangnya rosak.
ü  Bila pokok dah masuk 2 bulan, boleh la baja dengan baja ringan (Baja KOPI) ..Ini baja yang saya gunakan…serasilah agaknya..Sebab semua pokok saya guna baja ini.
ü  Nampak pokok dah cantek dan sehat.. Boleh dah alih pada tanah @ pasu besar.

NOTA :

Kena rajin Siram pokok mulberri anda dengan air yang cukup. Walaupon pokoknya dah besar..siram juga pokok tu.

Tidak Rugi tanam pokok mulberry ini sebabnya  mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap kesihatan. Buah mulberri mengandungi asid sitrik, gula dan vitamim C manakala daun mulberri mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karoten dan kolin. Biji mulberri pula mengandungi ureas dan kulitnya mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol, dan sitosterol.



Sunday 23 October 2016

TATACARA PENGGUNAAN BAJA ATTIA

Jangan risau jika teroVer doSS baja Attia ini... kerana tidak menjadi masalah kepada pokok..

cuma untuk mendapatkan hasil yg konsisten... ikuti cara ini :



POKOK GIANT MULBERRI

Ada yang bertanya... adakah sesuai giant mulberry di tanam dalam pasu..

Jawapannya : Boleh.. dengan Syarat pokok cukup bekalan air dan baja

contoh copy dari google..